logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul

Ditulis pada : November 9, 2016

Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul. Ingin Tahu Panduan Terbaik Cara Nak Panjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit anda? Bateri handphonea dalah salah satu komponen utama yang penting untuk telefon. Tanpanya, telefon tidak boleh berfungsi. Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak? Kini telefon bimbit atau smartphone sudah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun. Dari jenama Samsung dan Apple yang popular hingga Lenovo dan jenama lain dari China adalah pilihan pengguna di Malaysia.

Cara Terbaik Menjaga Bateri Handpone

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama smartphone, semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ini mungkin anda perlus mengecas dalam sehari atau lebih kerap penggunaanya, mungkin 2-3 kali sehari. Mujur kini ada ‘power bank’ yang dapat membantu anda untuk memanjangkan hayat telefon anda.

Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri itu kembung mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : –

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook. Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti Battery Life Pro memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

 

2) Kecerahan skrin 

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih ‘kecerahan automatik’ dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

 
Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri.

3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate)

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas

Pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri.

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’.

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas

Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas.

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba

Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup.

10) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 

Ini antara cara yang boleh anda cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Semoga Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul ini bermanfaat buat semua.
Credit : www.panduanmalaysia.com

Ditulis oleh MrFix Bangi

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.