logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Tips Apabila Membeli Sebuah ‘SMARTPHONE’

Ditulis pada : July 6, 2017

Beberapa Perkara Yang Perlu Dibuat Apabila Membeli Sebuah ‘SMARTPHONE’

Tips ini boleh digunapakai untuk belian smartphone baru atau secondhand.

1. TENTUKAN SISTEM OPERASI YANG ANDA MAHUKAN (OPERATING SYSTEM)
Tentukan sistem operasi mana yang sesuai dengan keselesaan anda. Ada 3 pilihan – iOs (Apple iPhone), Android (Contoh: Samsung,Huawei) atau Windows (Microsoft Lumia).

2. PASTIKAN KEASLIAN (ORIGINALITY)
Jika mahukan smartphone yang benar-benar original, boleh membuat belian di mana-mana ‘Authorized Retail Outlet’. Jika tak kisah dengan ‘secondhand’ atau ‘refurbished’ unit, boleh buat belian dalam talian atau di kedai-kedai smartphone berdekatan anda.

3. PERIKSA TEMPOH & SYARAT WARRANTI (WARRANTY PERIOD)
Kebiasaan smartphone yang dibeli dari ‘Authorized Retail Outlet’ didatangkan dengan 1 tahun warranti. Warranti ini boleh digunakan jika sekiranya mempunyai kerosakan yang tidak melibatkan kemalangan akibat diri sendiri. KEROSAKAN SEPERTI MASUK AIR, SKRIN PECAH ATAU BENGKOK AKIBAT KEMALANGAN SEPERTI TERJATUH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ‘CLAIM WARRANTY’.

Phone AP set kebiasaan juga didatangkan dengan 1 tahun warranty. Kebiasaan dalam 1 tahun, warranty yang dibolehkan untuk ‘claim’ adalah : 3 bulan LCD & Battery, 6 bulan Accessories & 1 tahun Software.

4. PERIKSA SEGALA FUNGSI (SMARTPHONE FUNCTION)
Periksa setiap ‘button’, speaker, Camera Flash, Microphone & camera samada semua berfungsi dengan sempurna atau tidak.

5. TETAPAN PERIBADI (SETUP)
Letakkan ID & Password dalam smartphone anda. Pastikan ID & Password yang digunakan boleh diingat dengan mudah. Letakkan dalam nota anda. Ini penting untuk mengelakkan dari kecurian data.

6. TETAPAN BACK-UP APPS
Amat penting untuk anda mempunyai STORAGE APPS. Sekiranya kehilangan atau berlaku kerosakan smartphone yang sampai tahap tak boleh dibaikpulih, Applikasi inilah yang akan menyelamatkan segala maklumat peribadi anda. Antara contoh applikasi yang boleh digunakan ialah (selain iCloud), BOX, Google Drive, Microsoft OneDrive.

7. AKSESORI TAMBAHAN (ACCESSORIES)
Ini adalah pilihan, anda boleh pilih untuk membeli aksesori atau tidak. Kebanyakan orang akan membeli aksesori bagi menjaga & melindungi smartphone mereka. Secara peribadi, saya sendiri hanya perlukan screen protector tempered glass sahaja untuk phone saya. Casing tak perlu sebab tak ‘feel’ pegang phone dengan casing.

Ini sahaja tips yang boleh dikongsi oleh kami pada hari ini. Anda punyai idea lain? Kongsikan di ruangan komen!

NOTA : SHARE JIKA ANDA RASA BERMANFAAT.

***MRFIX™ adalah jenama membaikpulih telefon yang ditubuhkan pada tahun 2014. Kepakaran kami dalam bidang membaikpulih telefon adalah sejak dari tahun 2012 dan kini mempunyai 5 cawangan di sekitar Malaysia.

Ditulis oleh MrFix Bangi

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.